Monday, November 9, 2009

Iklan: RO/RA & buat MSc or Phd @ USM

Salam..

Beberapa penyelidik USM sedang mencari calon-calon yang berpotensi untuk bekerja sebagai RO or RA & pada masa yang sama buat MSc or Phd. Kepada calon yang berminat blh la rujuk di bawah;

Bidang: Molecular biologi/vaccine/HIV
Jabatan: Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM Bertam (IPPT)
Kelayakan: Basic Science (Mikrobiologi, Biochemistry, Biologi, Bioteknologi, dll)
CGPA: 3.0 dan ke atas (layak untuk memohon scholar ship)
Hubungi: Dr Robaiza Zakaria (robaiza_usm@yahoo.com.my)

Bidang: Molecular Patologi/animal study
Jabatan: Patologi,Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian)
Kelayakan: Basic Science (Mikrobiologi, Biochemistry, Biologi, Bioteknologi, dll)
CGPA:CGPA: 3.0 dan ke atas (layak untuk memohon scholar ship)
Hubungi: Damitri (gen_sis@hotmail.com)

Bidang: Neurosains (animal study)
Jabatan: Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian)
Kelayakan: Dr vet,Basic Science (Mikrobiologi, Biochemistry, Biologi, Bioteknologi, dll)
CGPA:CGPA: 3.0 dan ke atas (layak untuk memohon scholar ship)
Hubungi: Tarmizi (mizioct84@yahoo.com.my)

Sekian.

Selamat Hari Lahir yang ke-2 tahun untuk Puteri ku

Salam...

Semalam, genapkan umur 2 tahun puteri sulung Ku....kejap jer masa berlalu dah 2 tahun umur anak.

Di kesempatan ini Ku ingin ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-2 tahun buat puteri Ku yang tersayang, Tengku Nur Danisha Al-Awatiff.

Semoga terus ceria dan sihat sokmo...



Nama: Tengku Nur Danisha Al-Awatiff
Umur : 2 Tahun
Tarikh Lahir: 8 November 2007
Tempat Lahir: HUSM

Friday, November 6, 2009

For sharing- pictures taken from MAS












Salam..

just to share with all....gmbr ini diambil daripada kapal terbang MAS perjalanan dari KB airport to KLIA airport.....sedikit maklumat pasal penerbangan:

1- berada pada ketinggian lebih kurang 30000 kaki dari aras laut
2- Kelajuan lebih kurang 800 Km/h
3- Jumlah penumpang yg boleh dimuat pada satu masa adalah 162orang....

maklumat ini adalah berdasarkan info yg diberikan oleh pilot semasa dalam penerbangan..

Enjoy...

Tuesday, November 3, 2009

Clinical Practice Guidelines Management of Type 2 Diabetes Mellitus (4th Edition)

Salam..

Yang ni pula 'Clinical Practice Guidelines (CPG) on Management of Type
2 Diabetes Mellitus (T2DM'

This is the latest guidelines from Malaysia...so that anda semua boleh refer kepada guidelines ini untuk mengetahui bacaan terkini untuk tahap gula dalam tubuh..ia juga amat bermakna kepada mereka yang menghadapi diabetes type 2 or kencing manis jenis 2.

Sila klik kat link untuk download PDF file......

http://www.moh.gov.my/MohPortal/cpgDetail.jsp?action=view&id=67

Semoga bermanafaat...

IDF Guideline on self-monitoring of blood glucose in non-insulin treated type 2 diabetes

Salam...

IDF telah mengeluarkan 'Guideline on self-monitoring of blood glucose in non-insulin treated type 2 diabetes'

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh lah melayari link di bawah ini:

1- http://www.idf.org/idf-guideline-self-monitoring-blood-glucose-non-insulin-treated-type-2-diabetes
(PDF is available)..

2-http://cme.medscape.com/viewarticle/711266?src=cmemp&uac=88532MG

Semoga bermanafaat....

Wednesday, October 28, 2009

Makmal Ujian Radiasi Telefon Bimbit- Buruk & Baik

Inside a Cellphone Radiation Testing Lab


Is radiation from cellphones dangerous or not? As consumers become increasingly glued to their phones, researchers, environmental organizations and cellphone industry groups debate this question.


So far, the answer is elusive. But you can find out how much radiation your head is absorbing from any given phone.

In the United States, the Federal Communications Commission sets the acceptable radiation standards for cellphones. As part of the device certification process, all handset makers have to offer a certificate from an independent lab that show how the device rates.

Cetecom is one of those labs. The company, based in Milpitas, California, performs radiation testing on devices like mobile phones, laptops, USB modems and sometimes even ankle monitors used by law enforcement. For each category of devices, the testing process is nearly identical.

Wired.com got a rare peek into the labs when we watched them test the iPhone with and without Pong, a new iPhone case that promises to reduce the amount of radiation hitting your brain by directing it up and away from your head.



The iPhone is carefully positioned to a model of a human male head such that the antenna is near the jaw.

The effects of the radiation depend on the rate at which energy is absorbed by a mass of tissue, like your head. It is called the specific absorption rate (SAR) and measured in watts per kilogram (W/kg).

Based on a recommendation from industry group IEEE, the FCC limits SAR levels for partial-body exposure (including the head) to up to 1.6 W/kg (watts/kilogram), and whole body exposure to up to 0.08 W/kg. For hands, wrists, feet and ankles, the limit is up to 4 W/kg, averaged over 10 grams of tissue.

In general, the lower the SAR, the better the chances your phone is not a potential health hazard. To test the SAR, a mold in the shape of a human head is filled with a fluid formulated to simulate the electrical properties of the human tissue. This fluid typically is made up of salt, sugar, water and a viscosity additive.



The model for the human head is called SAM (standard anthropomorphic model). The size of the head is based on on the 90th-percentile dimensions of the male head, as determined by a study of U.S. Army personnel in the late 1980s — in other words, it’s a big head. Overall ambient temperature and humidity of the testing chamber is also controlled. In this case, the ambient temperature was at 70.7 degrees Fahrenheit and the relative humidity was 36.1 percent, approximating a beautiful fall day in the San Francisco Bay Area.

The first step in the testing process is to strap a phone (the iPhone in this case) to the head mold. The phone is taped to the mold in a way such that the antenna of the phone is positioned near the jaw. The testing system consists of a computer-controlled probe, a robotic arm, amplifier output that connects to a PC and a cable that connects to a universal radio communication tester.

“You can’t do a test with the phone dialing up AT&T because the signal strength would be all over the place,” says Albert Liu, vice-president of business development at Pong Research.

A radio communications tester is used to transmit a signal at full power to test the iPhone
The iPhone is placed in a simulated call with the radio communication tester, which transmits a signal at full power. Now the robotic probe scans the head, measuring the radio frequency energy that is absorbed at each point. The probe finds the region of the highest RF field and tthe location with the highest absorption rate.

Because brain tissue isn’t flat, SAR measurement in terms of W/kg is averaged over 1 g of tissue.

The robotic probe takes anywhere from 20 minutes to 30 minutes to complete the process. According to the certificate filed with the FCC, Apple’s iPhone 3G S has a maximum SAR of 1.19 W/kg when it’s held at the ear. Our test showed the iPhone 3G to have an SAR of 1.18 W/kg, or just about the same as the official FCC number.

Next up, testing the iPhone with a Pong case. The process is repeated and about 20 minutes later, the results are spewed out at with SAR clocking in at 0.42 W/kg.

In other words, Pong’s claims seem to be legitimate: Its case reduces the amount of radiation going from the iPhone into your head to a third of what it would be without the case. Contrary to what we initially wrote on the Pong case, it does appear to work.

An anechoic chamber is used to test the iPhone's signal strength.
Another test that handset makers often run on their devices is the signal strength test. The test is conducted in a specially constructed chamber called an anechoic chamber. Cetecom has a radio-frequency anechoic chamber where the interior surfaces are covered with radiation-absorbent material.

In this case, the iPhone is strapped to the model with the phone facing the ground. The test measures the effective level of radiated power that the phone emits while in a transmit mode. The burst power or the channel power from the phone is measured. The result is a spherical radiation pattern that yields the Total Radiated Power.

The test takes about 45 minutes including setup and is almost completely automated. A lab technician only needs to position the phone right and make sure the computer spews out the results.

In case of the iPhone, the total radiated power was 12.54 dBm (decibels referenced to one milliwatt) and remained almost the same with the Pong case, indicating that the sleeve has no effect on signal strength of the phone.

If you’re not an iPhone user, you can learn more about how much cellphone radiation you’re getting from your phone

Tuesday, October 27, 2009

USM CIPTA SEJARAH BONGKAR GENOM GETAH

Salam & Selamat Sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada team Penyelidikan Prof Nazalan kerana berjaya menemui gen bagi pokok getah...klu dulu kita hanya boleh bercakap pasal ciri-ciri fizikal sesuatu jenis pokok..tetapi dengan kecanggihan teknologi pada hari ini kita boleh kenal pasti terus kepada ciri-ciri genetik.........sila baca laporan penuh dibawah..



PULAU PINANG, 27 Okt – Universiti Sains Malaysia melalui Pusat Biologi Kimia (CCB) buat julung kalinya mencipta sejarah dunia apabila berjaya membongkar genom pokok getah yang berpotensi meletakkan Malaysia sebagai pengeluar getah terbesar dunia.

Penemuan penting yang bakal menjana pendapatan berbilion ringgit jika dijadikan sebagai produk akhir industri itu diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di CCB@USM, di sini hari ini.

Khaled berkata, CCB@USM telah berjaya menyahkod draf genom pokok getah Hevea brasieliensis yang mempunyai 2 billion bes dengan berlandaskan penemuan biologi kimianya.

Projek ini adalah hasil kerjasama antarabangsa yang diketuai oleh CCB@USM dan ia menjadi asas untuk memberi sumbangan besar terhadap masyarakat bottom billion secara keseluruhannya ’’ kata beliau pada sidang media.

Turut hadir ialah Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Pengarah CCB@USM, Prof Maqsudul Alam dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Biotechnology Corporation, Dr. Wan Abdul Rahman Wan Yaacob.

Tambah beliau, manfaat paling signifikan dalam penemuan itu adalah membantu negara dalam penghasilan baka getah yang bermutu dan mempunyai kerintangan kepada penyakit baka getah seperti South American Leaf Blight atau penyakit akar putih.

Selain itu jelasnya, Malaysia turut berpotensi menjadi hub penyelidikan bioteknologi tumbuhan getah di peringkat Asia, sekaligus dapat membantu melatih ahli sains yang kompeten dalam kaedah genomik dan bioinformatik.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Penyelidikan) CCB@USM, Prof Nazalan Najimudin berkata, penemuan terbaru pihaknya itu berupaya meletakkan nama Malaysia kembali ke hadapan dalam industri getah dunia.

Buat masa ini Malaysia berada pada tangga keempat dalam senarai pengeluar getah terbesar dunia selepas Thailand, Indonesia, dan India.

Teknologi ini membolehkan daya saing negara dalam kos penghasilan getah meningkat dan usaha ini dapat memacu dan memperkasakan negara dalam penyelidikan getah di peringkat global,’’ jelasnya,

Kata beliau, teknologi genom getah membolehkan penyelidik mengetahui ciri-ciri tertentu pada baka pokok getah dalam tempoh yang jauh lebih cepat berbanding kaedah konvensional yang digunapakai hari ini.

Beliau menegaskan, sebagai contoh, bagi menentukan saiz ukur lilit sebatang pokok getah, tempoh masa yang diperlukan dalam kaedah konvensional mencecah sehingga 10 ke 12 tahun.

Namun jelasnya, dengan adanya teknologi baru itu, saiz ukur lilit pokok getah dapat ditentukan dalam tempoh kurang setahun, iaitu sebaik tanaman getah itu sudah berupaya menghasilkan DNA.

Perkara ini merupakan antara manfaat yang kita peroleh dengan penemuan genom getah. Banyak kajian lain boleh dijalankan dengan adanya teknologi seumpama ini termasuk dalam bidang farmaseutikal, kesihatan dan sebagainya,’’ katanya,

Nazalan turut menegaskan, penemuan tersebut turut membuktikan peranan institusi pengajian tinggi tidak boleh dinafikan dalam menyumbang kepada inovasi yang mampu memberi pulangan yang tinggi kepada bidang ekonomi negara.

Kajian ini bergantung kepada kepercayaan bahawa untuk maju dan mendapat hasil yang baik melibatkan pokok getah ini, kita mesti mempunyai ilmu dan asas maklumat terhadap pokok tersebut.

Maklumat dan ilmu pengetahuan yang masih tiada atau belum keluar amat penting dalam pemfailan tuntutan harta intelek, sekaligus membolehkan kita melindungi maklumat tersebut sebelum ia dieksploitasi dan dituntut pihak lain,’’ ujar beliau.

Tambah beliau, kayu getah yang ketika ini sangat popular dalam industri pembuatan perabot dan kayu eksport penting bagi Malaysia akan menjadi salah satu ciri penting yang bakal dibangunkan dengan lebih pesat menerusi penemuan genom getah ini.


Keterangan foto: Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (dua dari kanan) dan Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli (paling kiri) bersama-sama jemputan khas melihat anak pokok getah selepas sidang media di CCB@USM di sini hari ini.

Sumber http://www.usm.my/my/berita-penuh.asp?id=7325&idform=7

Thursday, October 22, 2009

Teknologi Sensor MEMS Dalam Pertanian

Salam..

Satu penemuan teknologi yang cukup menarik...siswazah yang berminat dalam bidang pertanian dari pelbagai bidang pengkhususan berpotensi untuk menjadi usahawan berjaya....ikuti articel ini dibawah:

BERTANI SATU IBADAH

Oleh: Mohd Faizal Aziz

Antara isi kandungan ucapan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sewaktu membentangkan RMK9, beliau menyebut “ pembangunan sektor pertanian bukan hanya dapat menjana sumber pertumbuhan ekonomi baru, malah dapat membantu usaha merapatkan jurang sosioekonomi di dalam negara, sekaligus memenuhi agenda membasmi kemiskinan. Dengan itu, kerajaan akan membangunkan program “pertanian baru’ dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan nilai rantaian serta meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, perladangan komersil berskala besar dan menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi”.


Sementara itu dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2007, beliau antara lain menyebut “ kerajaan akan berusaha memastikan berlakunya satu transformasi, iaitu berlakunya penghijrahan daripada pertanian tradisional kepada pertanian moden, pertanian yang menggunakan ICT dan bioteknologi, dalam hasrat mendapatkan pulangan lebih besar terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan. Melalui pendekatan baru ini, barulah sektor pertanian berupaya memberi impak secara langsung terhadap usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan”

Dua petikan ucapan Perdana Menteri di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa kerajaan begitu serius untuk menjadikan pertanian sebagai salah satu sumber ekonomi negara yang dapat menjamin kegemilangan seluruh rakyat di negara ini. Namun begitu, satu perubahan drastik perlu dilakukan dengan menggabungkan teknologi seperti ICT dan bioteknologi dalam usaha melipatgandakan hasil pertanian negara.

Pertanian di seluruh dunia pada masa kini telah bergerak pantas bagi memaksimumkan pengeluaran dan penuaian hasil. Terkini ialah satu konsep pertanian baru yang dikenali dengan pertanian tepat (precision agriculture) telah diperkenalkan. Pertanian tepat yang juga dikenali sebagai ‘pengurusan tapak ladang secara spesifik’ merujuk kepada jaringan teknologi maklumat (ICT) yang digunakan dalam pertanian komersil dan berskala besar. Teknologi pertanian tepat yang digunakan termasuklah peralatan komputer, sistem pengawasan satelit, sistem maklumat geografi, alat pemanduan arah automatik, peranti sensor tanpa wayar kawalan jauh dan juga telekomunikasi.

Dalam membangunkan teknologi ini, MIMOS Berhad telah diberikan tanggungjawab oleh kerajaan untuk membangunkan sensor pintar tanpa wayar untuk kegunaan pertanian tepat menggunakan teknologi MEMS (MicroElectroMechanicalSystems). Teknologi MEMS merujuk kepada proses menghasilkan struktur mekanikal mikro atau pun mesin mikro yang dikenali sebagai peranti yang diciptakan khusus untuk menjalankan sesuatu fungsi dengan julat saiz beberapa milimeter sehingga mikrometer. Peranti yang lebih kecil dari saiz mikrometer sehingga mencapai saiz nanometer dikenali sebagai NanoElectroMechanical Systems (NEMS).

Sensor tanpa wayar MEMS untuk pertanian berfungsi sebagai alat peranti pengukur tahap kelembapan, suhu, keasidan atau kealkalian sesuatu kawasan tanah yang akan sedang dibangunkan untuk pertanian. Selain itu ia juga dapat memberikan maklumat tepat tentang tahap kesuburan tanah termasuk mengukur kandungan bahan nitrat, kalium dan fosfat di dalamnya. Pengesan tanpa wayar MEMS tersebut berbentuk seperti pen yang direkabentuk untuk ditanam di dalam tanah bagi mengesan keadaan tanah tersebut dari segi keasidan, kealkalian, kandungan mineral dan sebagainya. Maklumat ini sangat penting untuk petani-petani moden sebelum mereka memulakan kegiatan pertanian yang terancang bagi memperolehi hasil tuaian yang optimum. Dengan harga yang dijangka kurang dari RM100 seunit berbanding dengan teknologi sedia ada yang menelan kos sehingga RM2000-RM3000 seunit, ia dijangka akan menembusi pasaran tidak lama lagi.

Menurut Ketua Penyelidikan Microsystem&MEMS Cluster, MIMOS Berhad, Prof Dr Masuri Othman, satu set lengkap sensor MEMS bersaiz sebesar pen dan komponen elektronik utamanya bersaiz mikro yang hanya boleh dilihat di bawah mikroskop berkuasa tinggi. Teknologi hibrid yang digunakan menggabungkan tiga peranti sensor utama iaitu sensor, elektronik dan peranti tanpa wayar dengan gabungan beberapa teknologi lain seperti maklumat geografi, ramalan cuaca dan kawalan tindakbalas. Selain meningkatkan hasil keluaran ladang dan pengurusan penanaman yang lebih baik, sensor ini juga dapat membantu petani mengurangkan impak cuaca ke atas penanaman apabila peranti itu dapat memberikan isyarat kepada petani apabila berlaku perubahan cuaca. Menurut beliau lagi, antara isu-isu yang dihadapi oleh petani di Malaysia ialah tidak berkemampuan untuk mengamalkan kaedah pertanian tepat dengan segala masalah-masalah asas lain seperti kos yang tinggi, tapak ladang yang kurang sesuai dan sebagainya yang dihadapi oleh mereka. MIMOS diberi tanggungjawab untuk membangunkan suatu kaedah yang dapat mengurangkan kos dan pada masa yang sama mampu memberikan pulangan yang lumayan lantas dapat meningkatkan sosioekonomi para petani.

Dalam perkembangan teknologi pertanian, negara kita berada dalam generasi keempat dengan menghasilkan sensor berskala kecil, lebih praktikal, berharga murah, memiliki fungsi pengesanan serta mampu berkomunikasi tanpa wayar untuk memberikan maklumat kepada petani untuk tujuan pemprosesan dan kawalan. Sensor tanpa wayar ini diletakkan di lokasi-lokasi strategik di kawasan tanaman dan ia berkomunikasi antara satu sama lain memberikan maklumat dari masa ke semasa kepada petani tanpa jalinan wayar yang berselirat.

Baru-baru ini MIMOS Berhad dan Institut Kejuruteraan Mikro& Nanoelektronik (IMEN) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalinkan kerjasama penyelidikan membangunkan teknologi sensor untuk kegunaan pertanian tepat (precision agriculture) dalam usaha untuk meningkatkan persaingan dalam bidang pertanian moden pada masa kini. MIMOS akan bekerjasama dengan penyelidik UKM secara berterusan bagi meningkatkan lagi inovasi dan ciptaan-ciptaan baru teknologi pertanian bersesuaian dengan saranan dan hasrat kerajaan bagi meningkatkan hasil pertanian negara khususnya di samping berusaha untuk mengatasi krisis makanan dunia.

Rencana ini tersiar di sisipan Utusan Malaysia, Estidotmy Ogos 2008. Blog penulis boleh dikunjungi http://mundarmandir2.blogspot.com/

Semoga bermanafaat....

Wednesday, October 21, 2009

Majlis Hari Raya Persatuan Pegawai Sains USM

Salam..

Tengahari tadi telah diadakan majlis sambutan hari raya bagi persatuan pegawai sains USM, kubang kerian.

Selamt Hari Raya....